Bayangkan sebuah kampung di mana:
PELAKON UTAMA:
· Acong: Mempunyai printer wang yang boleh mencetak wang note RM100 bila-bila masa. Hanya Acong saja yang memiliki printer sebegitu di dalam kampung itu.
· 20 Peniaga Pasar : Jual barang keperluan harian seperti beras, minyak, telur, ayam.
· 100 Pelanggan Biasa: Perlu bekerja dari pagi hingga petang untuk dapat upah.
MINGGU PERTAMA:
· Acong cetak RM500 dari printer.
· Pergi ke pasar, beli:
· Beras: RM30 (dari Ahmad)
· Minyak: RM25 (dari Siti)
· Ayam: RM40 (dari Lim)
· Telur: RM15 (dari Muthu)
· Peniaga gembira dapat duit “baru”.
MINGGU KEDUA:
· Acong cetak RM800 lagi
· Beli lebih banyak:
· Beras sekarang RM35 (naik RM5)
· Minyak sekarang RM28 (naik RM3)
· Ayam sekarang RM45 (naik RM5)
· Sebab? Peniaga nampak Acong selalu beli banyak, tahu permintaan tinggi
MINGGU KETIGA:
· Pelanggan biasa (yang kerja siang malam) datang pasar:
· Gaji mereka masih RM1,500 sebulan (tidak naik)
· Tapi harga semua barang naik!
· Beras RM40, Minyak RM32, Ayam RM50
· RM100 sekarang boleh beli kurang barang dari dulu
APA YANG BERLAKU?
Kesan kepada Acong (Pencetak wang):
· Dapat beli barang pada harga ASAL yang murah
· Hidup senang dengan duit “percuma”
· Printer wang buat dia semakin kaya, boleh beli barang walaupun mahal, print saja…
Kesan kepada Peniaga (Penerima Pertengahan):
· Awalnya untung lebih sikit, sebab boleh naikkan harga bila Acong datang membeli. Mahal pun Acong rilek jer beli !
· Tapi akhirnya jualannya semakin mengurang sebab pembeli lain mula kurang membeli sebab harga semakin mahal.
· Masih boleh survive berbanding pelanggan biasa
Kesan kepada Pekerja Biasa (Penerima Terakhir):
· Gaji TAK naik-naik.
· Harga SEMUA barang naik
· Duit gaji semakin kurang nilai. Jumlah RM yang sama dapat kurang barang!
· Terpaksa potong belanja keluarga.
BAGAIMANA INI BERKAIT DENGAN SISTEM SEBENAR:
· Printer wang dan Acong = Bank yang memberi pinjam dan mangkok yang meminjam dari bank. Sama sama mangkok!
· Duit Baru = Wang yang dicipta dari tiada. Cuma memerlukan application of loan dari pengguna dan bank yang meluluskan loan.
· Pasar = Ekonomi sebenar tempat kita beli barang keperluan
· Kenaikan Harga = Inflasi yang kita semua alami
KENAPA SISTEM INI ZALIM:
1. Hukuman kepada Penyimpan:
· Yang rajin simpan duit dalam bank, nilai simpanan susut
· Kerja keras bertahun-tahun jadi tak bermakna
2. Ganjaran kepada Pemilik Printer:
· Acong dapat kekayaan tanpa kerja keras.
· Semakin banyak cetak duit, semakin kaya dia
3. Ketidakadilan kepada Pekerja:
· Yang jujur kerja 8 jam sehari dihukum.
· Yang cetak duit secara percuma pula diuntungkan.
PENYELESAIAN MENURUT ISLAM:
1. Wang Berasaskan Emas/Perak:
· Tak boleh print emas atau perak.
· Nilai wang stabil secara semulajadi
2. Larangan Riba:
· Hentikan sistem cetak wang dari hutang
· Kembali kepada ekonomi sebenar
· Allah dan rasulnya laknat pemakan riba, hatta yang bagi makan riba, pencatat riba dan saksi2nya. Mereka semua sama!
3. Sistem Zakat & Sedekah:
· Agihkan kekayaan secara adil
· Bantu mereka yang teraniaya
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan cara yang batil...”(Surah an-Nisa’: 29)
Sistem printer wang dan Acong inilah contoh “cara yang batil” yang dilarang Allah. Kesan Cantillon mendedahkan bagaimana sistem kewangan moden sebenarnya adalah printer wang yang merampas kekayaan rakyat biasa secara halus.


